Dota Underlords merupakan permainan berasaskan Auto Chess iaitu permainan yang hadir sebagai mod untuk Dota 2. Valve sebelum ini mengeluarkan Dota Underlords sebagai beta tertutup untuk yang membeli Dota 2 Battle Pass.

Hari ini, Valve akhirnya membuka permainan tersebut kepada semua sebagai permainan akses awal. Ia boleh dimuat turun secara percuma, tidak seperti Auto Chess, anda tidak memerlukan Dota 2 untuk bermain.

Selain PC, ia juga dikeluarkan untuk iOS dan Android serta boleh dimuat turun bermula sekarang di App Store serta Play Store.

Steam: Dota Underlords

App Store: Dota Underlords

Play Store: Dota Underlords

Sohor Kini