Skip to main content

Insurgency: Sandstorm dilancarkan Disember 2018 lepas di mana ianya adalah satu permainan penembak pandang pertama oleh Focus Home Interactive. Ianya mempunyai bentuk koperasi permainan yang menarik dan mendapat pujian ramai oleh pemain di Steam.

Terkini, bagi anda yang masih belum memiliki permainan tersebut, Focus Home Interactive mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sesi percubaan khas secara percuma bermula hujung minggu ini iaitu pada 21 hingga 24 Jun ini khas di Steam.

Bersempena dengan pengumuman ini, Focus Home Interactive juga berkongsi sebilangan kandungan-kandungan baharu yang bakal tiba buat permainan tersebut seperti mod menghasilkan peringkat permainan dan juga pelbagai senjata dan kelengkapan baharu.

[download] Steam: Insurgency: Sandstorm[/download]

Leave a Reply