Siri Disaster Report merupakan satu permainan yang sangat menarik ketika pertama kali kami bermainnya di Playstation 2 beberapa tahun lepas. Siri tersebut kemudian tidak dilancarkan secara global, sekaligus membuat ramai pemain di luar Jepun tidak berupaya untuk bermainnya.

Terkini menurut NIS America, mereka mengumumkan bahawa mereka bakal membawa permainan tersebut ke pasaran global menjelang awal 2020 ini melalui konsol Playstation 4, Switch dan juga PC. Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di pasaran Jepun.

Melalui Disaster Report 4: Summer Memories, pemain akan bermain sebagai wanita di mana beliau terjebak dengan malapetaka yang berlaku di bandar. Sekaligus, melaluinya pemain perlu bertahan hidup dan mencari jalan keluar daripada bandar tersebut untuk menyelamatkan diri dan pada masa yang sama mengambil keputusan untuk membantu mangsa yang lain.

Menurut NIS America, versi Playstation 4 buat permainan ini juga akan menyertakan sokongan realiti-maya melalui Playstation VR.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi tambahan berkenaannya.

Sohor Kini