Informasi Permainan Video Terkini
Pelayan Monster Hunter Frontier Z Akan Dihentikan Menjelang Disember Ini
PC

Pelayan Monster Hunter Frontier Z Akan Dihentikan Menjelang Disember Ini

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Capcom minggu ini mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pelayan rasmi buat permainan Monster Hunter Frontier Z menjelang 18 Disember 2019 ini. Permainan tersebut dilancarkan sejak 2007 lepas di pelbagai platform bermula di Playstation 3 sehinggalah ke Playstation 4 dan juga di beberapa platform lain seperti PC.

Menurut Capcom, sebelum ianya dihentikan secara rasmi, segala bentuk dan acara permainan akan berjalan seperti biasa sehingga Disember ini. Namun, kesemua acara tersebut akan dihentikan secara berperingkat.

Ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan memandangkan permainan terkini Monster Hunter World mendapat pelbagai sambutan ramai oleh peminat, ianya sepatutnya menjadi fokus utama buat Capcom buat masa ini.

Bagi anda yang masih bermain Monster Hunter Frontier Z, anda mungkin berminat untuk mencuba beta buat permainan Monster Hunter World: Iceborne yang bakal berlangsung esok.


TIPS & ULASAN