Informasi Permainan Video Terkini
MINImax Tinyverse Diumumkan Bakal Tiba Di iPad Pada 25 Jun Ini

MINImax Tinyverse Diumumkan Bakal Tiba Di iPad Pada 25 Jun Ini

Diterbitkan pada June 20, 2019 oleh .

Sebelum ini, O’ol Blue Inc melancarkan permainan MINImax Tinyverse di PC melalui Steam dan terkini, mereka mengumumkan bahawa permainan tersebut kini bakal tiba di iPad bermula 25 Jun 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, MINImax Tinyverse merupakan permainan pertahanan kubu dimana pemain akan bertempur dan menahan pangkalan pemain daripada diserang oleh musuh. Pemain juga berupaya untuk memilih sebilangan watak untuk digunakan untuk bertempur bersama-sama barangan sokongan lain.

Menariknya, versi iPad tersebut juga bakal tiba secara percuma dan menurut pembangun, mereka akan menyertakan beberapa fungsi baharu seperti mod penglihatan, bersembang dan sebagainya. Menariknya, mereka juga akan membawa 4 watak Troopers baharu iaitu Demolisher, Wildman, Rapanossan Thug dan Gliptos Chaser.

Bagi anda yang berminat, permainan ini boleh dipramuat-turun melalui App Store di mana kami sediakan pautan rasminya di bawah.

Muat-turun: MINImax Tinyverse


TIPS & ULASAN