Sejak pelancaran Playstation VR beberapa tahun lepas, terdapat pelbagai permainan realiti-maya yang memfokuskan interaksi bersama wanita seperti Summer Lesson yang dilancarkan sebelum ini oleh Bandai Namco.

Terkini, giliran Smilegate Entertainment pula untuk membawa satu lagi permainan yang seakan sama iaitu Focus On You dan ia bakal dilancarkan pada 5 Julai 2019 ini khas di Playstation VR melalui Playstation 4.

Focus On You merupakan permainan simulasi temujanji dalam bentuk realiti-maya di mana pemain akan berinteraksi bersama seorang wanita, Yua Han di mana pemain akan berkenalan bersamanya.

Menariknya, menurut Smilegate Entertainment, permainan tersebut akan dilancarkan di pasaran Malaysia dan sudah pun boleh dipra-tempah dengan harga diskaun sebelum ianya dilancarkan kelak. Ianya boleh dibeli dengan harga RM109.21 sahaja dan menjelang 5 Julai 2019 kelak, harganya akan kembali ke harga yang asal iaitu RM163.

Permainan ini juga bakal tiba di PC melalui Steam di mana ianya juga boleh dipra-tempah dengan harga RM43.55. Namun, memandangkan permainan ini memerlukan set kepala realiti-maya, ianya hanya boleh dimainkan mellaui HTC Vive, Oculus Rift dan Windows Mixed Reality sahaja melalui PC.

Bagi anda yang berminat, versi global permainan Focus On You ini akan menyediakan sari kata bahasa Inggeris

PSN Store: Focus On You

Steam: Focus On You

Sohor Kini