Third Point iaitu syarikat pelaburan di Amerika Syarikat mengeluarkan laporan untuk Sony, di dalam laporan tersebut mereka berkongsi perkembangan Sony di kesemua industri yang mereka terlibat.

Menurut laporan tersebut, industri permainan video merupakan penyumbang tertinggi bagi keuntungan Sony dengan 43%, diikuti dengan industri semikonduktor 20%, muzik 16% dan filem 8%.

Laporan itu juga mengatakan berdasarkan jumlah pendapatan untuk tahun 2018, Sony merupakan syarikat permainan video dengan jumlah pendapatan tertinggi. Ia diikuti dengan Tencent Games dan Nintendo.

Mengikut jangkaan Third Point, PS Plus iaitu perkhidmatan langganan oleh Sony merupakan perkhidmatan dengan jumlah pelanggan ke-5 tertinggi di dunia. Tempat pertama adalah Netflix, diikuti Amazon Prime, Spotify dan Apple Music.

Laporan itu juga mengatakan yang keuntungan penjualan permainan video juga meningkat kerana penjualan secara digital makin meningkat berbanding fizikal.

Bagi permainan keluaran mereka, keuntungan untuk penjualan satu unit secara digital adalah 60% lebih tinggi berbanding penjualan fizikal. Manakala untuk permainan daripada pihak ketiga, keutungan adalah 100% lebih tinggi untuk pembelian secara digital.

Berdasarkan laporan ini agak jelas yang industri permainan video merupakan industri terpenting untuk Sony. Mereka sudah semestinya tidak ingin gagal apabila bermulanya generasi baharu pada akhir tahun hadapan.

Sohor Kini