Skip to main content

Awal bulan lepas, Capcom telah mengumumkan yang mereka bakal membawa permainan asal Devil May Cry ke konsol hibrid Nintendo iaitu Switch.

Semasa pengumuman tersebut, mereka sekadar mengumumkan yang ia akan tiba pada suku ketiga tahun ini. Berdasarkan penyenaraian di eShop untuk Eropah dan Jepun, tampaknya permainan tersebut akan dikeluarkan pada minggu hadapan.

eShop Eropah menyenaraikan permainan tersebut dengan tarikh pengeluaran 25 Jun, manakala eShop Jepun menyenaraikannya pada 27 Jun. Buat masa ini, eShop untuk Amerika Utara masih tidak menyenaraikan permainan tersebut tetapi kami menjangkakan ia akan turut tiba pada 25 Jun.

Leave a Reply