Skip to main content

Awal bulan lepas, Motion Twin dan Playdigious telah mengumumkan Dead Cells versi permainan mudah alih untuk iOS akan dikeluarkan tidak lama lagi. Versi Android akan diumumkan kemudian.

Minggu ini, permainan tersebut kini boleh di pra-tempah melalui App Store dengan harga RM34.90. Berdasarkan penyenaraian di App Store, permainan tersebut dijangkakan akan tiba pada 17 Julai 2019.

Dead Cells adalah permainan aksi platformer yang dilancarkan di PC dan konsol sebelum ini. Ia telah menerima pelbagai pujian dengan bentuk permainannya yang sukar dan pada masa yang sama menarik.

Leave a Reply