Skip to main content

They are Billions merupakan permainan strategi masa nyata yang dibangunkan oleh Numantian Games dan dikeluarkan untuk PC pada tahun 2017 sebagai akses awal.

Minggu ini, mereka mengumumkan yang permainan tersebut kini dikeluarkan secara penuh iaitu versi 1.0. Selain itu, mereka juga mengumumkan mod penceritaan The New Empire akan ditambah secara percuma.

Mod penceritaan akan mempunyai 48 misi yang akan mengambil masa selama 60 jam masa bermain. Penceritaan akan memfokuskan kejadian sebelum berlakunya kemusnahan di dunia permainan ini.

Bagi mod permainan Survival, versi 1.0 ini juga akan menyertakan peta baharu untuk dimainkan oleh pemain. They are Billions boleh dibeli di Steam dengan harga 10% lebih murah iaitu RM45.90.

Leave a Reply