Skip to main content

Outriders diumumkan secara rasmi semasa persidangan E3 Square Enix pada minggu lepas. Minggu ini, pembangun permainan tersebut mengeluarkan satu video di mana mereka berkongsi 6 perkara yang pemain perlu ketahui mengenai permainan mereka.

People Can Fly

Outriders seperti kita sedia maklum merupakan permainan yang dibangunkan oleh People Can Fly dan diterbitkan oleh Square Enix. Mereka sebelum ini berpengalaman membangunkan permainan seperti Gears of War: Judgement, Bulletstorm dan Fortnite.

The Signal

Peranti yang digunakan oleh pemain digelar sebagai The Signal. Ia akan memainkan peranan penting untuk pemain mengembara di dalam permainan ini.

Enoch

Permainan ini akan berlaku di atas planet Enoch. Planet tersebut nampak sangat terbiar, ia adalah disebabkan usaha untuk menakluk sering gagal meninggalkan pelbagai kesan peperangan.

Watak Rekaan Sendiri

Walaupun di dalam video acah ia memperlihatkan tiga watak ‘utama’ akan tetapi di dalam permainan ini, pemain berupaya untuk mencipta watak sendiri. Pemain tampaknya boleh menggunakan watak perempuan ataupun lelaki.

Raksasa

Selain manusia, planet Enoch juga merupakan rumah kepada pelbagai raksasa yang pelik. Pemain akan menjumpai serta mungkin bertempur ia sudah semestinya menjadikan Enoch satu tempat yang lebih menarik.

Mod Koperasi

Seperti diumumkan sebelum ini, permainan ini akan menyertakan mod koperasi yang boleh dimainkan untuk 1 sehingga 3 pemain. Pemain boleh memilih untuk bermain secara solo atuapun dengan rakan pada bila-bila masa, dan permainan ini juga boleh dimainkan sepenuhnya secara solo.

Outriders akan dikeluarkan pada suku kedua tahun hadapan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply