Skip to main content

Bloodstained: Ritual Of The Night merupakan permainan yang dibangunkan oleh Artplay, yang mana ianya diketuai oleh Koji Igarashi iaitu pembangun asal buat permainan Castlevania: Symphony Of The Night.

2015 lepas, beliau melancarkan kempen biayasama Kickstarter buat permainan tersebut dan kini permainan tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi di Playstation 4, Xbox One dan PC. Namun versi Switch akan tiba pada 25 Jun 2019 ini.

Bloodstained: Ritual of the Night merupakan permainan aksi side-scroller RPG yang bertempatkan pada abad ke-19 di mana pemain akan bermain sebagai Miriam dan bertempur dengan pelbagai jenis musuh. Bagi anda yang meminati siri Castlevania, permainan ini sememangnya dibangunkan khas oleh penerbit siri tersebut dengan inspirasi berdasarkannya.

Sebelum ini, Artplay dan 505 Games juga berkongsi sebilangan DLC yang bakal tiba bersama permainan tersebut secara percuma seperti keupayaan untuk bermain watak tambahan, Zangetsu yang dilakonkan oleh David Hayter.

Menariknya, melalui video acah tersebut, Koji Igarashi juga memperlihat watak Shovel Knight juga tiba sebagai watak bonus yang pemain boleh mainkan.

Kami di Aksiz pasti akan membuat ulasan permainan kelak dan bagi anda yang ingin dapatkany permainan tersebut, ianya boleh dibeli melalui platform pilihan anda dengan harga sekitar RM160 sahaja.

Leave a Reply