Capcom sebelum ini mengumumkan yang mana mereka akan lancarkan pernambahan baharu buat permainan Monster Hunter World iaitu, Monster Hunter World: Iceborne di mana ianya bakal tiba pada 6 September 2019 ini.

Terkini, Capcom mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan dua sesi beta terbuka khas buat permainan tersebut melalui konsol Playstation 4 yang mana ianya akan terbahagi buat pemain yang mempunyai langganan Playstation Plus dan tidak. Capcom juga mengesahkan bahawa anda tidak perlu memiliki permainan asal Monster Hunter World untuk bermain beta ini.

Berikut adalah tarikh beta buat Monster Hunter World: Iceborne yang mana buat masa ini ianya khas buat pemain di Playstation 4:

  • 21 hingga 24 Jun buat pelanggan Playstation Plus.
  • 28 Jun sehingga 1 Julai buat semua pemain.

Menurut Capcom, beta tersebut akan menyertakan 3 misi pemburuan yang pemain boleh lakukan iaitu memburu Great Jagras, Banboro dan Tigrex. Pemain juga berupaya untuk menggunakan kesemua 14 senjata dan bahagian latihan.

Selain itu, fungsi Slinger baharu yang diumumkan sebelum ini, juga boleh dicuba melalui beta ini bersama-sama dengan fungsi CLutch Claw yang membenarkan pemain untuk mencengkam raksasa.

Menariknya, bagi anda yang bermain beta ini, Capcom juga akan menyertakan tiga ganjaran khas yang pemain boleh guna di dalam permainan penuh Monster Hunter World: Iceborne apabila ianya dilancarkan kelak.

Bersempena dengan pengumuman ini, Capcom juga memperlihatkan video acah baharu yang menerangkan lokasi Hoarfrost Reach dengan lebih lanjut, bersama-sama dengan raksasa baharu dan senjata kelengkapan yang pemain boleh gunakan kelak melalui pernambahan ini.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba beta tersebut, ianya kini boleh dimuat-turun secara percuma buat pelanggan Playstation Plus melalui pautan dibawah. Namun, ia hanya boleh dimainkan bermula 21 Jun ini.

Monster Hunter World: Iceborne akan dilancarkan secara rasmi di Playstation 4 dan Xbox One menjelang 6 September 2019 ini. Bagi versi PC, ianya bakal tiba sekitar tahun ini.

Muat-Turun: Monster Hunter World: Iceborne

Sohor Kini