Pemain-pemain Apex Legends mula menyedari sesuatu yang baharu disediakan di dalam permainan pertempuran royale tersebut, ia bukan sesuatu penambahan biasa tetapi naga mula berterbangan di dalam permainan tersebut.
Bukan itu sahaja, naga tersebut juga tampaknya membawa kotak yang mengandungi barangan. Jadi anda tidak perlu rasa bersalah untuk menembak naga tersebut.
Respawn buat masa ini tidak mengumumkan sebarang informasi mengenai kehadiran naga tersebut, bagaimana dengan anda, sudah kah anda menjumpai naga-naga tersebut?