Harry Potter: Wizards Unite merupakan permainan mudah alih seterusnya untuk siri Harry Potter selepas Harry Potter Hogwarts Mysteri dikeluarkan pada bulan lepas.

Bacaan Lanjut: Ulasan Harry Potter: Hogwarts Mystery – Permua Yang Menggunakan Sistem Tenaga Yang Menjengkelkan

Permainan ini akan mengambil inspirasi daripada Pokemon GO dan ia juga akan dibangunkan oleh pembangun yang sama iaitu Niantic. Hari ini, Niantic mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada 21 Jun 2019, walaupun tidak diumumkan tetapi saya menjangkakan ia adalah untuk global.

Pemain yang bermain permua ini akan bertindak sebagai ahli Statute of Secrecy Task Force, iaitu kumpulan yang diberikan tanggungjawab oleh Ministry of Magic untuk mencari kejadian aneh magis di dunia biasa. Cara permainan adalah mirip Pokemon Go, di mana kamera peranti perlu digunakan dan pemain turut perlu bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi.

Beta tertutup permainan ini sudah bermula tetapi terhad untuk pemain di Australia dan New Zealand sahaja.

Sohor Kini