Skip to main content

Avengers: Endgame tidak dinafikan adalah filem MCU yang paling epic dengan mengumpulkan kesemua adiwira dari MCU dalam satu filem. Sewaktu tiket dibuka untuk pra-tempah di Malaysia, ia berjaya mengutip sebanyak RM10 Juta. Hari ini sudah pun hampir dua bulan filem ini ditayangkan di Malaysia dan percaya atau tidak, ia masih lagi ditayangkan.

Menurut Disney Malaysia, kutipan tiket Avengers: Endgame di Malaysia sehingga 16 Jun lalu, sudah pun mencapai RM86.4 Juta. Ia adalah satu pencapaian yang sangat hebat untuk hanya satu filem sahaja. Untuk kutipan dunia pula, sehingga hari ini nilainya adalah $2,743,413,993 menurut Box Office Mojo. Walau bagaimanapun, dengan kutipan yang tinggi ini, filem ini masih belum dapat menandingi lagi filem Avatar.

Disebabkan filem ini masih lagi ditayangkan, kita mungkin akan lihat perubahan dalam masa akan datang. Harapnya ia mampu menandingi Avatar. Bagi mereka yang belum tonton lagi filem ini dan ingin tonton sekali lagi, anda boleh semak jadual tayangan – kerana masih banyak lagi pawagam yang menayangkan filem ini.

Leave a Reply