Skip to main content

Maple Story sememangnya satu permainan yang sangat terkenal satu ketika dahulu dengan bentuk permainan atas-talian yang sangat menarik sekali.

Kini, permainan tersebut akhirnya berusia 14 tahun dan bersempena dengannya Maple Story SEA mengumumkan mereka akan mengadakan acara khas sempena ulang tahun tersebut di Kuala Lumpur.

Menurut Maple Story SEA, acara tersebut bakal berlangsung hujung minggu ini pada 22 dan 23 Jun bermula 11 pagi sehingga 10 malam di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Di sana, Maple Story SEA bakal mengajurkan pelbagai aktiviti seperti Bingo & Who Wants To Be A Millionaire dan pengunjung bakal membawa pulang pelbagai barangan-barangan eksklusif sempena ulang tahun ke-14 buat Maple Story SEA.

Terdapat juga pelbagai cabutan bertuah yang bakal berlangsung di acara tersebut yang mana berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kelengkapan Razer seperti fon kepala, papan kekunci dan Razer Phone 2.

Sepanjang minggu ini, Maple Story SEA juga akan menghiasi pusat membeli belah Sunway Velocity Mall tersebut dengan pelbagai belon rekaan khas Maple Story dari Korea buat pertama kalinya di Malaysia.

Selain itu, acara tersebut juga bakal berlangsung di Singapura pada 8 hingga 13 Julai kelak di JCube Mall.

Menurut Apol Dionglay, pengarah pengurus buat PlayPark, acara ini merupakan acara terbesar buat Maple Story SEA di mana mereka berhasrat untuk memberi penghargaan buat peminat permainan tersebut di Malaysia dan Singapura atas sokongan-sokongan mereka sepanjang 14 tahun ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan pelbagai hadiah menarik dan menyertai acara ulang ke-14 buat Maple Story SEA menjelang hujung minggu ini.

Leave a Reply