Skip to main content

No Man’s Sky merupakan permainan yang dibangunkan oleh Hello Games pada 2016 lepas dan sejak pelancarannya, pembangun telah melancarkan pelbagai kemaskini yang mana ianya mengubah keseluruhan permainan tersebut dengan lebih baik.

Sememangnya studio pembangun tersebut sering mendapat pujian kerana mereka tidak putus asa untuk membaik pulih permainan tersebut setelah ia menerima kritikan ketika awal pelancarannya.

Terkini, peminat dan komuniti permainan tersebut menyatakan mereka akan membeli satu papan iklan khas untuk mengucapkan terima kasih terhadap pembangun permainan tersebut.

Menurut Cameron G melalui laman biayasama GoFundMe, beliau berhasrat untuk meletakkan papan iklan di luar ofis studio Hello Games yang terletak di Guildford, United Kingdom.

Beliau juga menyatakan tindakan ini adalah berhasrat untuk menghargai dedikasi pembangun tersebut terhadap kejayaan mereka buat permainan No Man’s Sky. Pada masa yang sama, Cameron G juga menyatakan beliau ingin membuat derma amal terhadap hospital kanak-kanak di Sydney, melalui wang tambahan yang diperoleh dari biayasama tersebut.

Semestinya ini adalah satu perkara yang harus dipuji dan semestinya komuniti permainan No Man’s Sky adalah sangat hebat sekali atas tindakan mereka ini. Dengan kemaskini terbaru No Man’s Sky yang diumumkan sebelum ini akan menyertakan mod realiti-maya, Hello Games sememangnya salah satu pembangun yang harus dipuji atas dedikasi mereka terhadap permainan tersebut.

Leave a Reply