Skip to main content

Dengan pelancaran Final Fantasy XIV Shadowbringers bakal dilancarkan tidak lama lagi, Square-Enix hari ini berkongsi sebilangan pengumuman buat permainan tersebut dengan pelbagai kandungan pasca-pelancaran khas bersama video iklan yang dibintangi Tom Holland dan Hannibal Buress.

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, pernambahan Shadowbringers akan menyertakan pelbagai kandungan seperti kelas watak baharu bersama-sama dengan lokasi baharu.

Tambahan itu, menurut Square-Enix, mereka juga akan melancarkan beberapa kandungna pasca-pelancaran seperti misi Raid Eden yang bakal berlangsung pada 16 dan 30 Julai di mana ianya pasti akan memberi cabaran buat pemain. Menariknya bagi kandungan 30 Juali tersebut, Square-Enix akan menyertakan beberapa dungeon baharu iaitu Lyhe Ghiahl.

Selain itu, Square-Enix juga memperlihatkan lokasi Dungeon baharu yang pemain boleh tontonnya dibawah.

Terdapat juga beberapa kandungan dan perubahan lain yang diumumkan oleh Square-Enix seperti kemaskini paparan antara muka dan keseimbangan permainan.

Selain itu, bersempena dengan pelancaran Final Fantasy XIV Shadowbringers tersebut, Square-Enix juga mempertontonkan video iklan khas yang dibintangi oleh Tom Holland dan Hannibal Buress di mana anda boleh tontonnya dibawah.

Final Fantasy XIV Shadowbringers akan dilancarkan pada 2 Julai 2019 ini di konsol Playstation 4 dan PC. Bagi anda yang ingin mainkan permainan ini di Malaysia, pastikan anda menetapkan rantau akaun anda ke negara Eropah ataupun Amerika Syarikat, memandangkan ianya tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Leave a Reply