Nintendo hari ini telah pun melancarkan kemaskini seterusnya buat sistem operasi konsol Switch iaitu kemaskini 8.1.0.

Seperti biasa, untuk memuat-turun kemaskini tersebut, anda hanya perlu ke tetapan konsol tersebut dan ke sistem kemaskini untuk memuat-turunnya secara percuma.

Menurut Nintendo, kemaskini tersebut hanyalah menaik-taraf keimbangan sistem operasi konsol tersebut untuk tingkatkan lagi pengalaman pengguna. Dari segi pernaik-tarafan lain, Nintendo tidak berkongsi mahupun menyatakan sebarang informasi berkenaannya.

Bagi anda yang mempunyai konsol Switch, pastikan anda memuat-turun kemaskini tersebut hari ini.

Sohor Kini