Skip to main content

Piala Dunia Overwatch merupakan kejohanan tahunan yang dianjurkan oleh Blizzard untuk memberi peluang kepada pemain mewakili negara-negara mereka bertanding untuk menjadi negara terbaik di dalam permainan Overwatch.

Kejohanan kali ini merupakan tahun ke-4 dan tiga tahun yang lepas, ia telah dominasi oleh pasukan dari Korea Selatan selepa memenangi tiga kali berturut-turut.

Satu kelainan bagi tahun ini adalah Blizzard ingin melihat penglibatan negara yang lebih banyak berbanding tahun-tahun lepas. Oleh kerana itu, tahun ini, lebih banyak negara akan diberi peluang untuk membentuk pasukan sendiri bagi menyertai kejohanan ini.

Format Kejohanan

Kejohanan kali ini akan melibatkan 47 negara, termasuk juga Malaysia. Selain daripada 5 negara dengan kedudukan tertinggi di dalam Overwatch iaitu Korea Selatan, Kanada, China, Perancis dan Amerika Syarikat, negara-negara lain perlu melalui pusingan kelayakan untuk mencari 5 lagi negara yang akan layak ke pusingan kumpulan.

Di pusingan kumpulan, 10 pasukan yang layak akan membentuk dua kumpulan. Setiap negara akan berlawan dengan negara-negara lain di dalam kumpulan yang sama. Negara yang mendapat tempat pertama di setiap kumpulan akan terus memasuki peringkat separuh akhir di pusingan Playoff. Manakala negara di tempat kedua dan ketiga akan memasuki peringkat suku akhir.

Playoff akan berlangsung secara penyingkiran untuk mencari juara, tempat kedua dan tempat ketiga.

Kesemua penganjuran kejohanan ini iaitu pusingan kelayakan, pusingan kumpulan dan pusingan playoff akan berlangsung semasa Blizzcon di Anaheim, Amerika Syarikat. Ia juga akan disiarkan secara langsung serata dunia.

Mewakili Malaysia

Pasukan Malaysia yang akan diketuai oleh Kenn Leandre (iaitu rakan kami daripada Kakuchopurei) bersama dengan Sun San sebagai pengurus komuniti dan Jack Teoh sebagai jurulatih sedang mencari pemain di Malaysia untuk menjadi wakil ke kejohanan ini.

Jika anda berminat, berikut adalah syarat-syarat yang perlu diikuti;

  • Merupakan rakyat Malaysia
  • Mempunyai SR sekurang-kurangnya 3.5K
  • Mencapai tahap Master sekurang-kurangnya untuk tiga musim
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada 1 November 2019

Anda boleh mendaftar menggunakan pautan: Team Malaysia Player application.


Jangan lepaskan peluang untuk mewakili pasukan Malaysia ke kejohanan peringkat dunia ini. Jika ingin maklumat lanjut anda boleh mengikut laman FB Rasmi pasukan Malaysia ataupun akaun Twitter.

[info]Pendaftaran: Pasukan Malaysia – Piala Dunia Overwatch[/info]

Leave a Reply