Skip to main content

Siri anime My Hero Academia sebelum ini sering bermula sebagai siri anime musim bunga iaitu dikeluarkan pada bulan April, namun tahun ini pengikut siri ini terpaksa menunggu lebih lama iaitu ia diumumkan sebagai siri anime untuk musim luruh.

Hari ini, melalui video acah baharu bagi musim ke-4, Funimation mengumumkan yang musim baharu tersebut akan bermula pada 12 Oktober 2019 di Jepun.

Buat masa ini tiada pengesahan mengenai jumlah episod, tetapi mengikut musim yang lepas ia adalah 25 episod yang akan mengambil masa 5 bulan tayangan.

Bagi yang mengikuti siri ini melalui Netflix, musim ke-4 mungkin boleh di strim seawal akhir tahun hadapan.

Leave a Reply