Pengerusi Lionsgate Joe Drake mengatakan yang mereka tidak sabar untuk Suzanne Collins melancarkan buku baharu bagi siri Hunger Game yang terakhir sekali dikeluarkan pada tahun 2010 iaitu Mockingjay.
Beliau juga mengatakan yang mereka telah bekerjasama dengan Suzanne untuk perancangan bagi mengeluarkan filem berdasarkan buku tersebut. Menurut Suzanne, buku baharu tersebut berlaku 64 tahun sebelum kejadian di dalam buku pertama.
Buku tersebut, yang masih tidak mempunyai judul dijangkakan akan diterbitkan pada tahun 2020. Apa pendapat anda? Adakah The Hunger Game masih mempunyai penceritaan yang ingin diceritakan?