Bagi siri permainan Wolfenstein yang memfokuskan kepada aksi dan penembakan, kebiasaan ia boleh dihabiskan dalam purata masa 10 hingga 15 jam. Namun, untuk Wolfenstein: Youngblood, pembangun iaitu Machine Games mengatakan ia akan mengambil daripada 25 hingga 30 jam untuk dihabiskan.
Walaupun mempunyai masa produksi yang lebih pendek berbanding permainan sebelum ini, namun ia mempunyai kandungan yang lebih banyak.
Ia mungkin dibantu oleh pengumuman sebelum ini yang mengatakan permainan ini akan mempunyai rekaan peringkat yang lebih terbuka. Selepas mendapat sentuhan pembangun Dishonored iaitu Arkane Studio.
Selain itu, Wolfenstein: Youngblood juga mempunyai keunikan boleh dimainkan secara koperasi sehingga 2 pemain. Wolfenstein: Youngblood dibangunkan oleh Machine Games dan juga Arkane Studio dan diterbitkan oleh Bethesda. Ia bakal tiba pada 26 Julai ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.