Informasi Permainan Video Terkini
Take-Two Menjangkakan Jarak Penerbitan Permainan Akan Dipendekkan

Take-Two Menjangkakan Jarak Penerbitan Permainan Akan Dipendekkan

Diterbitkan pada June 18, 2019 oleh .

Selain daripada permainan sukan, permainan-permainan yang diterbitkan oleh Take-Two mempunyai jarak yang panjang sebelum ia menerima permainan baharu.

Contohnya, Red Dead Redemption 2 dikeluarkan 8 tahun selepas Red Dead Redemption. Borderlands 3 akan dikeluarkan pada tahun ini, iaitu 7 tahun selepas Borderlands 2. Manakala permainan seperti GTA V yang dikeluarkan pada 6 tahun lepas, masih tiada sebarang pengumuman untuk menerima sambungan. Tambahan lagi, permainan Bully yang sudah dikeluarkan pada 13 tahun lepas.

Namun, ia mungkin akan berubah. Pengerusi Take-Two Strauss Zelnick memberitahu kepada Game Industry yang jarak penerbitan tidak akan bertambah, bahkan ia mungkin akan dipendekkan. Menurut beliau lagi, perkara tersebut adalah kerana mereka kini memiliki pasukan yang lebih besar berbanding sebelum ini.

Beliau menegaskan a”merehatkan” sesuatu permainan adalah perkara yang baik, akan tetapi 8 tahun mungkin terlalu lama. Beliau juga mengatakan, mungkin mereka akan mengeluarkan permainan yang mempunyai kandungan yang lebih sedikit tetapi akan ditambah dari semasa ke semasa akan mempercepatkan penerbitan sesuatu permainan.

Bagaimanapun, beliau tetap mengatakan yang strategi untuk Take-Two adalah ‘lebih sedikit, lebih besar dan lebih baik’. Adakah ini bermakna kita tidak perlu menunggu 8 tahun sebelum Red Dead Redemption 3 dikeluarkan?


TIPS & ULASAN