Skip to main content

Gwent terakhir sekali menerima penambahan adalah pada Mac lepas melalui Crimson Curse. CD Projekt Red minggu ini mengumumkan yang Gwent bakal menerima satu lagi penambahan iaitu Novigrad yang akan tiba pada 28 Jun 2019.

Bagi yang pernah bermain permainan The Witcher, Novigrad sudah semestinya dikenali ramai kerana ia merupakan satu bandar utama di dalam permainan tersebut.

Melalui penambahan ini, satu puak baharu akan diperkenalkan iaitu The Syndicate. Ia juga akan menyertakan 90 kad baharu bersama dengan mekanik baharu untuk permainan iaitu Crowns yang akan menjadi sumber baharu semasa perlawanan.

Ia akan digunakan untuk membawa kata kunci Fee di dalam kad, dengan membayar Fee tersebut, pemain dapat menggunakan kebolehan tertentu. Terdapat juga kata kunci Profit yang meningkatkan jumlah Crown diperoleh oleh pemain bersama dengan kata kunci Crime serta Bounties. Penambahan ini sudah semestinya akan mengembangkan lagi meta permainan.

Bagi yang berminat, mereka juga menawarkan pek pra-tempah iaitu 15 pek dengan harga $19.99 (RM83) bersama dengan hiasan kad Eternal Fire ataupun 20 pek dengan harga $39.99(RM167) bersama dengan hiasan kad Spectral Fire.

Apa pendapat anda mengenai penambahan ini? Kami sebenarnya masih ternanti-nanti permainan ini dikeluarkan untuk peranti pintar kerana ia akan lebih memudahkan untuk bermain.

Leave a Reply