One Night Stand merupakan permainan novel visual yang mana sebelum ini dilancarkan di PC melalui Steam pada 2016 lepas.
Terkini melalui acara Kinda Funny Game Showcase yang berlangsung sempena E3 2019 lepas, Kinmoku dan Ratalaika Games mengumumkan mereka akan membawa permainan tersebut ke konsol tahun ini.
One Night Stand merupakan permainan berbentuk novel visual yang mana pemain akan bermain sebagai seorang lelaki yang terbangun dari tidur, bersebelahan dengan seorang wanita.
Melaluinya, pemain akan menyiasat dan mencari klu untuk mengetahui identiti wanita tersebut di samping membuat pilihan yang mungkin akan memberi kesan terhadap pengakhiran permainan tersebut. Menurut pembangun, permainan ini mempunyai 12 pengakhiran yang berbeza untuk pemain dapatkan.
One Night Stand akan tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch menjelang tahun ini. Bagi anda yang tidak sabar untuk bermainnya, ianya sudah pun dilancarkan di PC melalui Steam dan boleh dibeli dengan hanya RM12 sahaja.