Outerloop Games sebelum ini melancarkan permainan Falcon Age di Playstation 4 di mana ianya merupakan permainan yang boleh dimainkan secara realiti-maya melalui Playstation VR.

Terkini, ketika acara E3 2019 mereka mengumumkan bahawa permainan tersebut kini bakal tiba di PC melalui Epic Games Store yang mana ianya juga boleh dimainkan secara realiti-maya dan juga tanpanya.

Menariknya, permainan ini akan menyokong Oculus Rift, Rift S, HTC VIve dan Valve Index disamping menyertakan pelbagai kandungan tambahan yang dilancarkan sebelum ini.

Falcon Age adalah permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan pemain untuk mengawal seekor burung helang. Dengan memfokuskan bentuk realiti-maya, pemain berupaya untuk berinteraksi dengan helang tersebut dan pada masa yang sama bertempur dengan makhluk lain menggunakan helang tersebut.

Menariknya, pemain juga berupaya untuk menghiaskan pelbagai kostum dan kelengkapan menarik baut burung helang pemain di samping menjaga dan memberi makanan buat burung tersebut.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi Falcon Age di PC masih belum diumumkan. Namun ianya disahkan bakal tiba sekitar tahun ini. Bagi anda yang tidak sabar untuk bermainnya, ianya juga telah pun dilancarkan di Playstation 4 beberapa bulan lepas.

Sohor Kini