Skip to main content

Bagi anda yang meminati permainan-permainan berinspirasikan klasik JRPG, anda mungkin akan berminat dengan permainan seterusnya oleh Modus Games iaitu Cris Tales.

Permainan ini dibangunkan oleh Dreams Uncoprorated dan SYCK di mana ianya akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC menjelang tahun 2020 ini.

Menurut Modus Games, permainan dibangunkan sebagai satu bentuk inspirasi khas buat siri klasik JRPG yang mana ianya memfokuskan bentuk garis masa iaitu masa lampau, sekarang dan hadapan di dalam satu skrin yang sama. Menariknya, permainan ini juga akan memfokuskan bentuk pertempuran secara turutan.

Menariknya, segala tindakan yang pemain lakukan di masa lampau, akan memberi kesan terhadap garis masa permainan ini sekaligus membuatkan pilihan dan tindakan pemain adalah sangat penting sekali.

Pemain akan bermain sebagai Crisbell, iaitu ahli sihir masa di mana pemain perlu mengembara dan menyelamat dunia daripada taklukan Time Empress. Selain daripada bentuk penceritaan yang memfokuskan pengembaraan masa, permainan ini juga mempunyai visual grafik lukisan tangan khas yang mana pasti memaparkan dunia fantasi Cris Tales yang baik sekali.

Cris Tales akan tiba sekitar tahun hadapan dan bagi anda yang ingin mencubannya, Demo permainan tersebut kini boleh dimuat-turun di Steam secara percuma.

Leave a Reply