Skip to main content

Awal tahun ini, Bandai Namco mengumuman satu permainan parti baharu berdasarkan Disney Tsum Tsum iaitu Disney Tsum Tsum Festival di mana ianya akan dilancarkan secara eksklusif di konsol Switch.

Kini bersempena dengan acara E3 2019 yang berlangsung minggu lepas, mereka memperlihatkan video acah baharu disamping berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut.

Disney Tsum Tsum Festival merupakan permainan parti yang memfokuskan bentuk penyelesaian tekaria bersama rakan-rakan sebanyak 4 pemain serentak.

Permainan ini mempunyai bentuk multi-pemain secara atas-talian dan luar talian dan pemain akan melengkapkan pelbagai peringkat permainan untuk melengkapkan koleksi Tsum Tsum. Terdapat pelbagai mini permainan yang disediakan seperti hoki ais, tekaria berblok, bola sepak beregu, permainan rentak muzik dan sebagainya.

Menurut Bandai Namco, permainan ini akan dilancarkan tahun ini khas di Switch.

Leave a Reply