The Umbrella Academy adalah komik mengenai satu keluarga adiwira yang disfungsi. Ia dicipta oleh Gerard Way dan diterbitkan untuk Dark Horse Comic, iaitu syarikat komik yang sama yang hasilkan Hellboy. 15 Februari lepas, siri TV buat komik ini telah disiarkan dan telah tamat dengan banyak persoalan.
Terkini, Gerard Way – pencipta komik siri ini telah mengesahkan yang The Umbrella Company akan bersambung dalam musim kedua. Tiada informasi lanjut mengenai siri TV ini, selain daripada ia sudah pun memulakan penggambaran. Dalam musim pertama Sir Reginald Hargreeves sudah pun mati, Allison menjadi bisu, Luther telah berubah menjadi diri sebenar beliau, Klaus yang sentiasa punca masalah berjaya mengawal Ben, Number Five kembali dan selamatkan dunia, Diego cuba menjadi baik dan Vanya yang disangka baik adalah penjahat sebenar.
Jadi apalah yang akan diceritakan dalam musim kedua ini? Kita hanya akan tahu kelak apabila Gerard Way atau Netflix mengumumkan sesuatu.