Filem Avenger: Endgame adalah filem MCU paling gempak. Ia menyimpulkan 11 tahun perjalanan dan 21 filem dalam filem ke 22. Tetapi ia belum berhenti, kerana fasa ketiga mempunyai satu lagi filem, filem ke 23 dan terakhir – Spider-Man: Far From Home. Tetapi, filem ke 23 ini masih lama lagi untuk hadir ke pawagam – Julai. Ada satu pameran yang menarik yang pasti akan menarik perhatian peminat MCU.
Pamera ini adalah Marvel Studios: Ten Years of Heroes. Sewaktu tayangan perdana Endgame di Singapura, Disney mengadakan pameran ini di sana. Kini sudah tamat, ia akan hadir ke Malaysia. Pameran ini akan diadakan dari 28 Jun sehingga 27 Oktober. Namun begitu, Disney masih belum kongsikan lagi apa yang akan dipamerkan. Adakah hanya pameran semata-mata atau akan ada pertandingan, tayangan khas, atau lain-lain. Malah tiket masuk juga masih belum diumumkan.
Jika kita rujuk pameran yang diadakan di Singapura tahun lepas, ia akan mempamerkan patung-patung adiwira-adiwira dan watak-watak lain dalam MCU. Selain itu, pengunjung turut berpengalaman untuk bermain-main dengan senjata-senjata yang digunakan dalam MCU. Bagi yang berminat, sama-sama kita nantikan.