Sebelum ini, Wall Street Journal melaporkan yang mana Nintendo bakal memperkenalkan dua variasi baharu buat konsol Switch yang mana ianya terdiri daripada model yang lebih berkuasa daripada model asal dan model yang lebih murah dengan rupa bentuk baharu.
Terkini, juga melalui laporan Wall Street Journal, mereka menyatakan yang mana pengeluaran konsol tersebut yang mana sebelum dilakukan di China, kini beralih ke Asia Tenggara akibat pengumuman tarif ke atas China oleh Amerika Syarikat.
Menurut pengeluar yang terlibat, pengeluaran di Asia Tenggara telah pun berjalan dan menariknya pengeluaran tersebut terdiri daripada 3 variasi Switch, iaitu model asal dan dua lagi model yang dilaporkan sebelum ini. Pengeluar tersebut juga menyatakan bahawa Nintendo mungkin akan mengumumkannya tidak lama lagi, namun tarikh tetap mahu pun nilai pengeluaran tidak dikongsikan.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan tarif yang dikenakan buat China oleh Amerika Syarikat, secara asasnya ianya melibatkan kos import ke Amerika Syarikat yang ditingkatkan, sekaligus memerlukan sesuatu syarikat untuk membayar cukai yang lebih.
Semestinya tindakan ini adalah untuk mengurangkan kos pengeluaran. Meskipun begitu, apa yang menarik berkenaan laporan ini adalah tampaknya dua model baharu tersebut kini tampaknya sedang dihasilkan oleh Nintendo, sekaligus laporan berkenaan pelancarannya pada tahun ini mungkin bakal berlaku menjelang musim cuti, penghujung tahun ini.