Skip to main content

Mod pertempuran royale ataupun “Battle Royale” sememangnya terkenal kebelakangkan ini dengan pelbagai permainan mempunyai mod tersebut seperti Fallout 76, Battlefield V dan sebagainya.

Terkini, seorang pembangun di bawah nama Inferno Plus, telah melancarkan permainan Super Mario Bros yang mempunyai mod pertempuran royale.

Melaluinya, pemain akan ditempatkan di dalam peringkat permainan Super Mario Bros yang pertama yang asalnya dilancarkan NES beberapa tahun lepas, bersama-sama dengan 99 pemain lain untuk berlumba sehingga penghujung peringkat permainan tersebut.

Menariknya, pemain juga berupaya untuk bertempur sesama sendiri dengan membaling Koopa Shells ataupun menghancurkan blok-blok yang terdapat di dalam permainan tersebut untuk menghalang pemain daripada bergerak. Selain itu, segala barangan naik taraf seperti Fire Flower ataupun Mushroom juga dikongsikan oleh kesemua 100 pemain, sekaligus memerlukan pemain untuk mendapatkan dan berebut barangan tersebut dengan pantas.

Semestinya, permainan sebegini mungkin tidak akan bertahan dengan lama di internet memandangkan Nintendo mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pembangun tersebut. Meskipun begitu, ketika artikel ini ditulis, permainan ini masih lagi boleh dimainkan dan mempunyai lebih dari 300 pemain yang bermainnya.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, ianya boleh dimainkan melalui laptop PC anda melalui pautan dibawah.

[info] Layari: Super Mario Bros Battle Royale [/info]

Leave a Reply