Bagi anda yang mengetahui berkenaan permainan Street Of Rage 4 ataupun Wonderboy yang diumumkan sebelum ini, anda pasti mengetahui berkenaan studio yang bertanggungjawab untuknya iaitu DotEmu.
Terkini, setelah pengumuman Square-Enix berkenaan permainan pernambah-baikkan Final Fantasy VIII Remastered minggu lepas, DotEmu menyatakan bahawa mereka terlibat dengan pembangunan permainan tersebut.
Walaupun begitu, tidak banyak informasi yang dikongsikan oleh mereka seperti mana yang diumumkan oleh Square-Enix sebelum ini. Akan tetapi, melalui laman rasmi permainan tersebut, Square-Enix memperlihatkan pernaik-tarafan visual buat permainan tersebut di mana ianya memperlihatkan bentuk model watak yang diubah suai.

Semestinya visual baharu yang diperlihatkan di atas kelihatan sangat berbeza dengan visual asa permaiann tersebut sekaligus membuatkan kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk bermainnya kelak.
Final Fantasy VIII Remastered akan dilancarkan sekitar tahun ini di konsol Playstation 4. Xbox One, Switch dan juga PC.