Beberapa hari lepas Ys Games dan Deep Silver mengumumkan permainan Shenmue 3 versi PC akan dikeluarkan secara eksklusif melalui Epic Games Store untuk 12 bulan.
Seperti kebiasaan, ia akan mencetus kritikan dan juga kecaman daripada pelbagai pemain yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut. Tambah lagi pemain yang menyokong semasa ia di laman biayasama Kickstarter.
Menjawab mengenai perkara tersebut, Ys Net mengatakan buat masa ini mereka masih memfokuskan kepada E3 dan berharap pemain bersabar. Tambah mereka lagi, mereka akan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk masalah ini.
Masalah permainan eksklusif di Epic Games Store, jika ia adalah satu masalah, adalah satu masalah yang akan terus berlaku, kerana melalui perjanjian ini penerbit dapat menjaminkan jumlah pendapatan tertentu berbanding ketidakpastian melalui pasaran biasa.
Bagi untuk Shenmue III, ia merupakan satu permainan yang diminati oleh sesetengah pemain dan bukan secara umum, saya menjangkakan jumlah jualan terutama di PC adalah sedikit, melalui jaminan daripada Epic Games Store ia akan membantu untuk mengembalikan pelaburan yang telah dilakukan.
Shenmue III akan dikeluarkan pada 19 November 2019 untuk PlayStation 4 dan PC.