Skip to main content

Bulan lepas, Natsume mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan satu permainan baharu berdasarkan siri Harvest Moon buat konsol Playstation 4 dan Switch iaitu Harvest Moon Mad Dash. Kini dengan berlangsungnya acara E3 minggu ini, Natsume akhirnya memperlihatkan permainan tersebut.

Berdasarkan laporan Nintendojo, permainan tersebut merupakan permainan tekaria berbentuk susun atur blok berwarna. Sekaligus, ianya sememangnya merupakan permainan sampingan buat siri Harvest Moon dan bukannya permainan utama.

Bagi anda yang pernah bermain permainan seperti Candy Crush dan sebagainya, anda pasti akan biasa dengan permainan ini di mana ianya kelihatan memfokuskan pemain untuk menyusun ‘tanaman-tanaman’ pemain di dalam satu warna yang sama untuk mencukupi kuota setiap peringkat permainan. Selain itu, tanaman yang sama apabila dicantumkan juga akan menjadi lebih besar, sekaligus akan memberi nilai markah yang lebih tinggi buat pemain.

Menurut Natsume, permainan ini sememangnya memfokuskan bentuk permainan yang lebih ringkas dan ianya dibangunkan buat pemain baharu buat siri Harvest Moon tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=yWW8ubJadzg

Pada pendapat kami sendiri, permainan ini sendiri mengingatkan kami akan permainan Harvest Moon: Frantic Farming yang dilancarkan oleh Natsume beberapa tahun lepas di konsol Nintendo DS. Akan tetapi kami berasa permainan ini lebih sesuai dilancarkan di peranti mudah-alih di telefon pintar sebagai permua.

Buat masa ini, informasi lanjut buat permainan tersebut masih belum diumumkan dan ianya sememangnya akan dilancarkan di Playstation 4 dan Switch sekitar tahun ini.

Leave a Reply