Hujung tahun lepas, isu beg kanvas yang disertakan bersama dengan permainan Fallout 76 menjadi isu hangat di industri permainan video di mana pelanggan yang membuat pembelian edisi tersebut menerima satu beg yang tidak seperti yang diiklankan oleh Bethesda.

Kini selang beberapa bulan, isu tersebut akhirnya selesai di mana terdapat beberapa pelanggan yang membuat laporan penggantian beg tersebut akhirnya menerima beg ganti baharu oleh Bethesda.

Menurut pengguna Twitter Mooncrets, beliaau akhirnya menerima beg baharu tersebut yang mana kelihatan lebih cantik dan ianya semestinya dihasilkan oleh kain kanvas, berbanding bahan nilon sebelum ini.

Meskipun perkara ini agak mengecewakan dengan pelbagai isu dan masalah oleh pihak Bethesda Softworks, namun sekurang-kurang isu tersebut telah pun selesai.

Tambahan itu, dengan pernaik-tarafan permainan Fallout 76 yang diumumkan ketika E3 2019 baru-baru ini, Bethesda sememangnya kelihatan komited untuk sentiasa membantu komuniti pemain Fallout.

Sohor Kini