Informasi Permainan Video Terkini
Overcooked! 2 Menerima DLC Baharu – Night of the Hangry Horde

Overcooked! 2 Menerima DLC Baharu – Night of the Hangry Horde

Diterbitkan pada June 15, 2019 oleh .

Sejak dikeluarkan pada 7 Ogos tahun lepas, Overcooked! 2 iaitu permainan koperasi dan simulasi memasak telah menerima pelbagai penambahan melalui DLC berbayar.

Hari ini, Team 17 mengumumkan satu lagi DLC tiba iaitu Night of the Hangry Horde yang tampaknya bertemakan ‘seram’. DLC ini menyertakan mod, resipi serta barangan, watak dan peringkat baharu.

Mod baharu yang disertakan adalah Horde mode. Ia mempunyai 8 peringkat di mana anda perlu memasak manakan untuk penjahat yang menyerang istana. Pemain akan mendapat coins apabila memberikan mereka makan, coins tersebut boleh digunakan untuk memperbaiki istana dan juga membuka laluan untuk bergerak dengan lebih pantas.

Bagi watak pula, ia akan menyertakan 4 tukang masak baharu iaitu Ghost, Vampire, Werewolf dan Boxhead. Bagi peringkat pula, selain 8 peringkat untuk Horde mode, ia juga menyertakan 9 peringkat baharu bersama dengan 3 peringkat rahsia.

DLC ini merupakan sebahagian daripada pas semusim untuk Overcooke! 2 ia juga boleh dibeli secara berasingan di Xbox One dan Switch dengan harga $9.99(~RM41) dan RM23.50 di Steam. Manakala untuk PlayStation 4, ia masih tidak disenaraikan semasa penulisan ini.

Bacaan Lanjut – Ulasan Overcooked! 2 – Permainan Koperasi Yang Sangat Menguji Persahabatan


TIPS & ULASAN