Informasi Permainan Video Terkini
Enter the Gungeon Boleh Dimuat Turun Secara Percuma Melalui Epic Games Store
PC

Enter the Gungeon Boleh Dimuat Turun Secara Percuma Melalui Epic Games Store

Diterbitkan pada June 14, 2019 oleh .

Enter the Gungeon merupakan permainan roguelike dan dungeon crawler yang dibangunkan oleh Dodge Roll serta diterbitkan oleh Devolver Digital untuk hampir kesemua platform pada tahun 2016.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, Epic Games Store yang menawarkan permainan percuma berlainan setiap dua minggu, minggu ini menawarkannya permainan tersebut secara percuma.

Seperti biasa, anda memerlukan akaun dan juga klien Epic Games Store untuk memuat turun permainan tersebut. Tawaran ini akan berakhir pada 20 Jun 2019 dan akan digantikan dengan permainan Rebel Galaxy.

Epic Games Store: Enter the Gungeon


TIPS & ULASAN