E3 2019 baru sahaja menutup tirai minggu ini, dah tarikh untuk E3 2020 juga telah disahkan iaitu pada 9 hingga 11 Jun 2020 dan seperti kebiasaan segala persidangan akan berlangsung pada hujung minggu sebelum E3 iaitu 6 hingga 8 Jun 2020.

Seperti yang disahkan oleh Microsoft, mereka akan mengeluarkan konsol generasi baharu pada akhir tahun 2020. Sony walaupun tidak diumumkan secara rasmi, dijangkakan akan mengeluarkan konsol mereka pada tarikh yang sama.

Ia menjadikan E3 2020 adalah tempat untuk mereka memperlihatkan konsol generai baharu tersebut. Kebanyakan permainan utama, seperti Cyberpunk 2077 dan Final Fantasy 7 Remake akan dikeluarkan sebelum E3 2020, dengan kata lain E3 2020 juga akan memberikan senarai permainan baharu.

Jika E3 2019 sedikit suram kerana tiadanya Sony dan kebanyakan pengumuman adalah permainan yang sudah diumumkan sebelum ini, E3 2020 sudah semestinya akan menjadi jauh lebih menarik.

Sohor Kini