Informasi Permainan Video Terkini
Watak Keanu Reeves Mempunyai Jumlah Dialog Kedua Terbanyak Di Dalam Cyberpunk 2077
PC

Watak Keanu Reeves Mempunyai Jumlah Dialog Kedua Terbanyak Di Dalam Cyberpunk 2077

Diterbitkan pada June 14, 2019 oleh .

Jika anda masih tidak pasti mengenai penglibatan Keanu Reeves di dalam permainan Cyberpunk 2077, CD Projekt Red hari ini berkongsi lanjut mengenainya semasa temubual bersama Geoff Keighley.

Keanu Reeves di sahkan akan tiba di dalam Cyberpunk 2077 semasa persidangan E3 Microsoft/Xbox, CDPR kemudian mengatakan yang watak beliau merupakan watak utama dan memainkan peranan utama di dalam penceritaan.

Bahkan, menurut CDPR lagi, watak Keanu Reeves mempunyai jumlah dialog kedua terbanyak di dalam permainan ini dengan lebih jumlah keseluruhan hampir berdurasi 15 hari, saya menjangkakan yang pertama adalah watak yang dikawal oleh pemain sendiri.

Dengan kata lain, pemain akan mendengar banyak suara Keanu Reeves di dalam permainan ini. Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada 16 April 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN