Jack Bannon bersama-sama dengan Ben Aldridge akan melakonkan watak sebagai Alfred Pennyworth dan Thomas Wayne versi muda dalam siri TV ‘Pennyworth’. Ia adalah siri TV mengisahkan prekuel kepada Batman, yang mana akan memfokuskan kedua-dua watak ini. Kita tahu yang Alfred baru sahaja menamatkan perkhidmatan beliau dengan askar dan inginkan kehidupan sendiri, lalu menubuhkan syarikat sekuriti tersendiri.

Dalam video acah baru ini, Thomas Wayne dilihat menghadapi satu masalah dan meminta bantuan daripada Alfred. Masalah ini berkait dengan Raven Society yang dikatakan berkait rapat dengan Court of Owls. Organisasi ini kemudiannya menculik kekasih Alfred hanya untuk dapatkan Thomas. Di sini berlakunya konflik dan saya jangkakan dari sinilah bermulanya persahabatan Alfred dan Thomas.

Siri TV ini juga memperlihatkan latar belakang yang sedikit berbeza dengan komik, misalnya watak Thomas dalam komik adalah seorang pembedah pakar – tetapi dalam siri ini adalah seorang penganalisa kewangan kaya yang berkait dengan kerajaan. Siri TV ini akan mula disiarkan pada 28 Julai kelak.

Sohor Kini