Informasi Permainan Video Terkini
Marvel’s Avengers Boleh Dimainkan Luar Talian Dan Hanya Misi Sampingan Menyertakan Multi-Pemain
PC

Marvel’s Avengers Boleh Dimainkan Luar Talian Dan Hanya Misi Sampingan Menyertakan Multi-Pemain

Diterbitkan pada June 14, 2019 oleh .

Bagi yang tidak menghadiri E3, termasuk juga kami, bentuk permainan bagi permainan yang diumumkan oleh Square Enix iaitu Marvel’s Avengers masih menjadi satu perkara yang mengelirukan. Terutama mengenai permainan multi-pemain yang disertakan.

Hari ini, berdasarkan temubual yang dilakukan oleh IGN bersama dengan pembangun permainan tersebut, ia serba sedikit menerangkan dengan lebih lanjut mengenai bentuk permainan yang disertakan.

Pertamanya, mengenai multi-pemain, IGN mengatakan yang permainan ini akan menyertakan misi utama dan juga misi sampingan. Bagi misi utama, ia hanya boleh dimainkan secara solo, di mana pemain akan menggunakan watak-watak Avengers secara bergilir.

Manakala, multi-pemain hanya boleh dimainkan untuk misi sampingan, tetapi tidak diwajibkan. Keseluruhan permainan boleh dimainkan secara solo, untuk misi sampingan, pemain boleh memilih untuk menggunakan mana-mana watak yang diingini.

Bahkan keseluruhan permainan, termasuk juga misi sampingan boleh dimainkan secara luar talian, ia memerlukan sambungan internet apabila ingin bermain secara multi-pemain.

Namun, tiada pengesahan mengenai kandungan permainan selepas misi utama sudah diselesaikan.

Kedua, mereka juga berkongsi mengenai elemen RPG yang disertakan di dalam permainan ini. Terdapat tiga perkara yang boleh diubah oleh pemain atau ditingkatkan tahap iaitu kebolehan, peralatan dan kosmetik.

Bagi kebolehan, setiap watak akan mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh dinyah-kunci menggunakan pengalaman yang diperoleh dengan menyelesaikan misi utama dan juga sampingan.

Bagi peralatan, ia akan memberikan pelbagai kebolehan aktif dan juga kebolehan pasif. Ia juga akan memberikan pelbagai kelebihan yang lain, tetapi menggunakan peralatan ini tidak akan mempunyai sebarang kesan visual.

Bagi visual, pemain boleh menggunkan pelbagai kostum yang akan direka berdasarkan kostum-kostum daripada komik dan juga kostum rekaan mereka sendiri.

Kami berharap, Square Enix akan berkongsi lanjut mengenai permainan ini agak pemain dapat mengetahui lebih lanjut sebelum mengambil keputusan untuk membelinya.

Menurut Square Enix, Marvel’s Avengers akan dilancarkan pada 15 Mei 2020 ini di konsol Playstation 4, Xbox One, PC dan juga Stadia.


TIPS & ULASAN