Skip to main content

Februari lepas, melalui Nintendo Direct, Rune Factory 4 Special iaitu versi olahan semula untuk Switch telah diumumkan bersama dengan Rune Factory 5. Minggu ini, bersempena E3, XSeed berkongsi satu video acah baharu.

Video tersebut selain memperlihatkan bentuk permainan, seperti bertempur dan bercucuk tanam ia juga memfokuskan kepada lakonan suara untuk watak-watak utama di dalam permainan ini.

Buat masa ini ia masih dikatakan akan tiba pada tahun ini, namun tarikh pengeluaran masih tidak diumumkan.

Leave a Reply