Skip to main content

Netflix mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan satu lagi permainan mudah alih berdasarkan siri Stranger Things. Menurut mereka lagi, ia adalah permainan RPG/Tekaria yang percuma untuk dimainkan.

Permainan tersebut juga akan diintegrasikan dengan Google Maps menjadikan ia permainan berdasarkan lokasi dan bersifat sosial. Berdasarkan penerangan tersebut ia tampak seperti permainan Pokemon Go, namun tidak pasti jika ia akan mempunyai elemen realiti terimbuh (AR).

Permainan ini akan dibangunkan oleh Next Games iaitu pembangun untuk The Walking Dead: Our World dan MARVEL Strike Force. Ini merupakan permainan seterusnya berdasarkan siri ini, Netflix sebelum ini mengeluarkan Stranger Things: The Game dan akan tiba Stranger Things 3: The Game.

Leave a Reply