Skip to main content

Dengan pelancaran permainan perlumbaan Crash Team Racing Nitro-Fueled yang bakal tiba tidak lama lagi, Beenox dan Activision berkongsi perancangan mereka untuk kandungan pasca-pelancaran permainan tersebut di mana ianya akan mmenyertakan pelbagai acara-acara khas dengan pelbagai ganjaran buat pemain.

Selain daripada kandungan permainan yang diperlihatkan sebelum ini oleh Activision, mereka juga akan menyertakan pelbagai acara khas lain seperti CTR Nitro-Fueled Grand Prix, yang mana ianya akan menyertakan bentuk acara bermusim dan cabaran khas buat pemain yang membeli permainan tersebut. Menariknya kandungan tersebut bakal tiba secara percuma dan ia akan menyertakan beberapa litar tambahan.

Musim pertama CTR Nitro-Fueled Grand Prix akan bermula dengan Nitro Tour Grand Prix pada 3 Julai ini diikuti dengan Back N. Time dan kolaborasi bersama siri Spyro, iaitu Spyro Grand Prix.

Menariknya, acara tersebut akan menyediakan ganjaran khas buat pemain setelah mereka melengkapkannya dengan bentuk nilai markah Nitro Points. Setelah pemain berjaya melengkapkan sesuatu cabaran di dalam musim Grand Prix tersebut, pemain bakal menerima ganjaran seperti set kostum, watak dan pelbagai kelengkapan untuk mengubah-suai kenderaan kart pemain.

Crash Team Racing Nitro-Fueled akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan Switch pada 21 Jun 2019 ini.

Leave a Reply