Lanjutan daripada pengumuman acara kolaborasi PUBG Mobile bersama filem Godzilla: Kings Of Monsters sebelum ini, PUBG Corp dan Tencent Games akhirnya mengumumkan acara kolaborasi tersebut kini bermula di mana ianya memperkenal mod 4 lawan 4 bersama-sama dengan lokasi ‘Warehouse’ baharu dan kostum baharu bertemakan filem tersebut.
Menurut PUBG Corp, mod tersebut menyertakan bentuk secara penembak pandang pertama dan ketiga secara berpasukan dan pemain perlu bertempur sehingga mempunyai nilai markah tertinggi. Mod ini juga menyertakan fungsi hidup semula tanpa had seperti kebanyakkan mod ‘Team Deathmatch’ di permainan lain.
Selain itu, sempena dengan acara kolaborasi filem Godzilla: King Of The Monsters juga menyertakan sebilangan kostum khas bertemakan filem tersebut yang pemain boleh dapatkan melalui ganjaran permainan tersebut.
Bersempena dengan pengumuman ini juga, PUBG Corp dan Tencent Games juga mengumumkan bahawa permua PUBG Mobile juga kini mencapai lebih dari 400 juta muat-turun dan sebanyak 50 juta pemain aktif setiap hari.