Skip to main content

Perfect World Entertainment hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan Torchlight II ke konsol menjelang 3 September 2019 ini. Permainan tersebut sebelum ini telah pun dilancarkan di PC pada 2012 lepas.

Menurut kenyataan rasmi Perfect World Entertainment, permainan tersebut dibawakan ke konsol khas oleh pembangun Panic Button di mana versi PC asalnya dibangunkan oleh Runic Games.

Mereka juga menyatakan versi konsol ini akan menyertakan kemaskini terkini permainan tersebut bersama-sama kandungan khas yang bakal dibawakan ke konsol dan terutamanya versi Switch, yang mana ianya akan menyokong bentuk multi-pemain secara setempat.

Torchlight II merupakan permainan aksi pengembaraan berbentuk kamera isometrik di mana ianya memfokuskan pemain untuk mengembara, membina watak sendiri dengan pelbagai jenis bentuk kelengkapan dan senjata.

Bagi anda yang meminati permainan aksi RPG seakan Diablo, Torchlight II semestinya adalah permainan perlu anda mainkan. Ianya bakal tiba 3 Septemebr 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan Switch.

Leave a Reply