Skip to main content

Tahun lepas GungHo Online telah mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan Grandia HD Collection yang menyertakan Grandia I dan II versi olahan semula untuk Switch, manakala PC yang sudah menerima Grandia II, akan juga menerima Grandia I.

Berdasarkan temubual di antara RPG Site dan Gung Ho, maklumat terkini mengenai permainan tersebut dikongsi. Antara yang diperkatakan adalah ia tidak akan menerima versi fizikal dan hanya dikeluarkan secara digital.

Apabila ditanya jika ia juga akan dikeluarkan untuk konsol lain, mereka mengatakan yang buat masa ini ia hanya untuk Switch kerana konsol tersebut lebih sesuai untuk permainan JRPG.

Manakala untuk persoalan jika Grandia III akan menerima versi olahan semula, mereka mengatakan Grandia III mempunyai sejarah yang rumit, buat masa ini tiada kepastian siapa yang mempunyai hak penerbitan bagi permainan tersebut.

Mengenai tarikh pengeluaran untuk Grandia HD Collection pula, mereka tidak menyatakan tarikh tetapi sekadar mengatakan ia akan datang dalam masa terdekat.

Grandia merupakan permainan JRPG yang dibangunkan oleh Game Arts dan dikeluarkan untuk Sega Saturn pada tahun 1997 sebelum turut dikeluarkan untuk PlayStation, 2 tahun kemudian.

Manakala, Grandia II iaitu sekuel kepada Grandia dikeluarkan pada tahun 2000 untuk Dreamcast sebelum turut hadir ke PlayStation 2 dan PC pada tahun 2002.

Leave a Reply